Happiness;







All About Kpop Groups' Fan Clubs
Jumaat, 19 Oktober 2012 @ Jumaat, Oktober 19, 2012
Hello Kpop fans sekalian! beberapa hari lepas, ada someone request kat aku, mintak buatkan entri pasal kelab peminat (fan club) kumpulan Kpop. kiranya dia buat segmen 'Tell Me Your Wish' kat aku lah ni. haha. so, skang ni, permintaan anda telah ditunaikan. 
Akan tetapi, aku tak pasti sangat pasal fan club group lain. aku cuma agak pasti pasal fan club SNSD je iaitu SONE. aku buat entri ni pun hasil kajian terperinci mengenai fan club Kpop group ni sume. so, kalau ada silap kat mana-mana, harap para readers boleh betulkan ok. for now, check this out~
***

1.  So Nyeo Shi Dae / SNSD / Girls' Generation


 
Fan Club  :   S♥NE
Kalau dalam tulisan Korea, SONE dieja macam ni - 소원 (So-Weon / So-Won) yang bermaksud 'wish'. kalau dalam English bunyinya So-One, yang bermaksud SNSD + fans = One. nama SNSD kan bermula dengan 'So'. kiranya 'So' tu merujuk kepada SNSD. dan kepada sape-sape yang masih tak faham, dalam bahasa mudahnya, So-One tu bermaksud SNSD dan fans akan tetap menjadi satu (one). got it?
Warna Rasmi  :   Pastel Rose
Kalau korang nak tau, setiap kali Kpop group ni buat konsert, fans dorang mesti akan pegang lighstick ikut warna rasmi Kpop group feveret masing-masing. so, SONE akan pegang lightstick kaler pastel rose untuk SNSD.
Bila dah ramai-ramai pegang lighstick kaler pastel rose, jadilah pinky ocean macam ni =)
***
2.  Super Junior

Fan Club  :  ELF
ELF bermaksud Ever Lasting Friends. kiranya, fans Super Junior ni bukan sekadar fans, tapi lebih kepada kawan. dan 'kawan' Super Junior ni akan sentiasa menyokong kerjaya dorang dari belakang.
Warna Rasmi  :  Pearl Sapphire Blue
Sapphire Blue Lightstick

Sapphire Blue Ocean


***

3.  Dong Bang Shin Ki / DBSK / TVXQ

Fan Club  :  Cassiopeia
Korang tau tak apa itu Cassiopeia? sebenarnya, ianya merupakan sejenis buruj yang terdiri daripada lima bintang dan membentuk huruf 'W'. DBSK kan ada 5 ahli. dan, DBSK juga dikenali sebagai TVXQ. cer korang try tekan huruf T, V, X dan Q kat keyboard. jadi ala-ala bentuk 'W' kan. so, gabungan antara 5 bintang dan huruf 'W' tu lah yang membentuk Cassiopeia.

Warna Rasmi  :  Pearl Red
Red Lightstick

Red Ocean

*  memandangkan DBSK yang ahli asalnya 5 orang telah pun berpecah menjadi dua kumpulan, DBSK dan JYJ, aku pun tak pasti sama ada Cassiopeia ni masih lagi aktif atau tak.
***
4.  Shinee
Fan Club  :  SHINee World (샤이니월드)
Nama ni diberikan bersempena album pertama Shinee. selain tu, fans dorang gelarkan diri sendiri SHAWOLS. ni merupakan gabungan antara Sya I Ni + Wol Du = SHAWOL.
Warna Rasmi  :  Pearlescent Sky Blue
Pearlescent Sky Blue Lightstick

Pearlescent Sky Blue Ocean


***

5.  f(x)

Fan Club  :  Tiada
Setakat ni f(x) belum ada official fan club lagi. Aff(x)tion tu nama International Fan Forum dia, bukan nama Fan Club. harap maklum.
Warna Rasmi  :  Pearl Periwinkle Blue
***
6.  Wonder Girls
Fan Club  :  Wonderful
Disebabkan fans 'full of wonder' kat Wonder Girls, jadilah Wonderful.
Warna Rasmi  :  Pearl Burgundy
Wonder Girls Lightstick
Burgundy Ocean


***
7.  2PM
Fan Club  :  Hottest
JYP (boss 2PM) yang bagi nama ni. dia ibaratkan 2PM sebagai the hottest part of the day.

Warna Rasmi  :  Metallic Grey

2PM Lightstick

***
8.  CN Blue
Fan Club  :  Boice
Boice merupakan gabungan antara 'Blue' dan 'Voice'. Blue + Voice = Boice. ini merupakan signifikan bahawa fans CN Blue adalah 'voice' mereka.
Warna Rasmi  :  Tiada
Setakat ni, CN Blue belum ada warna rasmi lagi. errr... lepas ni, biru mungkin?
CN Blue Lightstick


***
9.  KARA
Fan Club  :  Kamilia
Fans KARA ni macam family dorang sendiri. so, digabungkan lah 'KARA' dan perkataan Spanish 'familia', yang bermaksud family, dan jadilah Kamilia. KARA + familia = Kamilia.
Warna Rasmi  :  Pearl Peach
KARA Lighstick

***
10.  FT Island
Fan Club  :  Primadona
Ini merupakan tajuk lagu dalam album pertama dorang.
Warna Rasmi  :  Yellow (Pentasticks)
FT Island Lightstick


***

11.  2AM

Fan Club  :  I Am
Warna Rasmi  :  Black

2AM Lightstick


***
12.  Big Bang
Fan Club  :  V.I.P
V.I.P = Very Important Person. kiranya, Big Bang ni V.I.P lah.
Warna Rasmi  :  Tiada
Buat masa ni, Big Bang pun takde warna rasmi lagi. tapi, selalunya, fans dorang akan guna warna kuning dan hitam.
Big Bang Lightstick


***
13.  2NE1
Fan Club  :  Black Jacks
Kenapa Black Jacks? sebab, 21 ialah nombor tertinggi yang someone boleh dapat bila main Blackjack. ni permainan yang membabitkan kad ok. aku pun tak reti macam mana nak main.
Black Jacks Lightstick

Warna Rasmi  :  Hot Pink
Hot Pink Lightstick

Hot Pink Ocean


***
14.  SS501
Fan Club  :  Triple S
'SS' merujuk kepada SS501. lagi satu 'S' pulak merujuk kepada 'supporters'. jadi, Triple S bermaksud 'supporters of SS501'.
Warna Rasmi  :  Pearl Green
Green Lightstick
Green Ocean


***
15.  Beast / B2ST
Fan Club  :  B2UTY / Beauty
Kalau dah ada 'Beast', kenalah ada 'Beauty'. so, 'Beauty and the Beast'.
Warna Rasmi  :  Dark Grey
Beast Lightstick


***
16.  MBLAQ
Fan Club  :  A+
Sume ahli group MBLAQ ni berdarah jenis 'A'. '+' pulak datangnya daripada Music Boys Live dalam Absolute Quality. jadi, 'Absolute Quality' adalah A+.
Warna Rasmi  :  Pearl Chocolate
MBLAQ Lightstick


***
17.  4Minute
Fan Club  :  4Nia
Fans adalah 4Minute punya mania. so, 4Minute + Mania = 4Nia.
Warna Rasmi  :  Pearl Purple


***
18.  T-Ara
Fan Club  :  Diadem (tidak rasmi)

Warna Rasmi  :  Tiada

T-Ara Lightstick


***
19.  After School
Fan Club  :  Play Girlz
Nama ni fans dorang yang bagi bersempena tajuk lagu dalam first mini album dorang.
Warna Rasmi  :  Yellow


***
20.  U-Kiss
Fan Club  :  Kiss Me
Kalau U-Kiss cakap "Who should I kiss?", fans dorang mesti balas balik "Kiss me". tu yang jadi Kiss Me tu.
Warna Rasmi  :  Pearl Pink
***
21.  Sistar
Fan Club  :  Star 1
Pihak pengurusan dorang buat undian dan Star 1 yang dapat paling banyak vote. lagipun, kalau digabungkan perkataan STAR dan One dalam bahasa Korea (IL), STA(R) + IL = STYLE.
Warna Rasmi  :  Fuschia
***
22.  Miss A
Fan Club  :  Say A
Miss A yang ambik nama ni sebab dorang harapkan fans akan cakap 'Say A' masa persembahan dorang.
Warna Rasmi  :  Tiada


***
Ok, setakat tu je yang aku mampu carik. sebenarnya ada berlambak lagi Kpop group kat Korea nun. tapi, agak susah nak cari info pasal group yang tak berapa nak femes. 
Ada antara group yang aku listkan kat atas ni pun tak cukup info nya. ada yang takde nama Fan Club lah, ada yang takde warna rasmi lah. kalau group yang tak femes langsung, entah-entah gambar group pun takde. haha!
So, sampai sini jelah entri untuk kali ni. semoga korang berpuas hati. annyeong~

Older PostNewer Post