Happiness;







Eun Jung (T-ara) Kenang Honeymoon di M'sia, Teruja Nak Jumpa Fans!
Selasa, 9 Oktober 2012 @ Selasa, Oktober 09, 2012
(dari kiri) Eun Jung, Areum, SoYoen, Boram, Qri, Ji Yeon, Hyomin. Foto oleh cipotredz(dari kiri) Eun Jung, Areum, SoYoen, Boram, Qri, Ji Yeon, Hyomin. Foto oleh cipotredz
Pastinya mahu memberikan satu persembahan yang funky, seksi, fantastik dan penuh intim dengan peminat, di showcase mereka, malam ini! Itu janji ketujuh-tujuh gadis comel ni ketika di sidang media yang berlangsung di hotel JW Marriot, sebentar tadi.
Menggelarkan diri mereka sebagai T-ara, ini merupakan pertama kali Eun Jung, Areum, SoYoen, Boram, Qri, Ji Yeon dan Hyomin akan membuat persembahan live di hadapan sekalian Queen's (gelaran buat peminat) Malaysia.
SoYeonSoYeon
Mewakili rakan-rakan lain, SoYoen berkata, meskipun teruja untuk menhiburkan peminat malam ini, tapi dalam masa sama mereka tidak dapat menyembunyikan rasa bimbang dengan perbezaan bahasa. Namun malam ini T-ara sedaya upaya cuba berkomunikasi dengan fans menggunakan bahasa Inggeris. Dan mana tahu, kalau-kalau mereka akan bertutur dalam bahasa Melayu, nanti.

Sementara itu, Eun Jung memberitahu, kunjungan kali ini bagai menggamit memori ketika datang bersama 'suaminya' Lee Jang Woo (pengacara Music Bank) dan berbulan madu di Cherating, Pahang, sekitar awal tahun ini.

"Teruja dan seronok sebab ni kali kedua saya datang ke sini. Sebelum ni saya pernah datang bagi menjalani penggambaran babak bulan madu untuk program We Got Married.

"Kalau dulu ramai yang tak tahu saya datang sini tapi kali ni ramai peminat menyambut kedatangan saya dan kawan-kawan (anggota T-ara yang lain) dan peminat beri layanan yang baik pada kami", kata vokalis utama juga rapper kumpulan yang popular lagu seperti Bo Peep Bo Peep, Lovey Dovey, Yayaya dan Sexy Love ini.
Eun JungEun Jung
T-Ara, kumpulan idol popular Korea yang dibentuk pada tahun 2009 ni bernaung dibawah syarikat Core Contents Media. Mereka juga telah menandatangani kontrak bernilai $4.3 juta dengan syarikat pengurusan J ROCK untuk album debut Jepun. Sekaligus ia merupakan kontrak  tertinggi dikalangan semua grup wanita yang pernah diperkenalkan dalam akhbar di Jepun.

T-Ara hits menerusi single pertama mereka, Bo Peep Bo Peep. Single tersebut menduduki tangga nombor satu carta mingguan Oricon mingguan. Impresif menerusi single tersebut, T-Ara mencipta sejarah menjadi kumpulan wanita pertama di Korea mencatat jualan sebanyak 49.712 unit. T-Ara juga telah memenangi Artis Top 2011 Anugerah Billboard Jepun.

Bakal mendendangkan tujuh lagu malam ini, showcase T-ara yang dibawakan khas oleh Jazzy Group akan berlangsung di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 8.30 malam.
..

- Foto-foto oleh Cipotredz

Older PostNewer Post