Happiness;







SNSD COME ON!!
Isnin, 8 Oktober 2012 @ Isnin, Oktober 08, 2012
Hebat sungguh penangan SNSD. Apa tidaknya hanya dalam tempoh seminggu album pertama mereka yang bertajuk Girls' Generation berada di pasaran Jepun, ia telah pun terjual sebanyak 230.000 unit.
Girls' Generation yang mula dilancarkan pada 1 Jun 2011 telah pun menduduki tempat pertama di tangga lagu carta mingguan Oricon. Dengan ini, SNSD telah memecahkan rekor sebagai artis luar di Jepung yang merain jualan album terbanyak dalam tempoh satu minggu.
Ini kali kedua SNSD berjaya memecahkan rekod penjualan di pasar Jepun. Sebelum ini, single pertama mereka, Genie tersenarai dalam carta lagu Oricon pada minggu pertama ianya dirilis. Genie juga turut berjaya memecahkan rekod muzik group T.A.T.U dari Rusia selepas 8 tahun 3 bulan lagu mereka bertahan dalam carta tersebut.
Menurut SNSD, mereka sangat berterima kasih kepada semua fans.
"Menduduki tempat pertama Oricon membuat kami semua berasa senang. Ia membuktikan banyak orang yang mendengar muzik kami," kata mereka.
Group K-Pop wanita yang terkenal dengan lagu MR Taxi ini baru saja selesai mengadakan konsert 1st Japan Arena Tour Concert di Osaka dan Saitam. Kini, mereka sedang dalam perjalanan menuju Paris, Prancis untuk menjayakan konsert SM Town Live World Tour di Le Zenith de Paris, Perancis.
Sepanjang tahun 2011 ini, artis Korea yang perna meraih tangga pertama dalam carta lagu Oricon adalah Tohoshinki, Kara, Jang Geun Suk, Big Bang dan FT Island.Album Group K-Pop SNSD Nombor Satu Di Jepun

Older PostNewer Post