Happiness;







Rabu, 3 Oktober 2012 @ Rabu, Oktober 03, 2012
Untuk peminat K-pop sahaja. Lebih-lebih lagi kepada peminat – Sunye ‘Wonder Girls’.
Artis K-pop ini telah membuat pengakuan bahawa beliau memang sedang bercinta dengan seseorang yang bukan dari kalangan selebriti.Pemuda bertuah itu merupakan seorang pemuda yang biasa sahaja di mana mencintai dirinya tanpa mempedulikan status idola remaja bukan sahaja di Korea malahan di serata dunia K-pop.Komen dan pengakuan spontan dari Sunye ini telah membuatkan semua hadirin dalam acara talkshow ‘Strong Heart’ tergamam kerana sebelum ini memang Sunye tidak suka bercakap tentang hal peribadinya. Adakah kerana perasaan cinta yang mendalam membuatkan Sunye terus terluah perasaannya dan mahu dunia mengetahui tentang kebahagiannya? Sudah tentu dia berasa bertanggungjawab ke atas hubungan mereka berdua dan sudah sedia untuk menjalankan hubungan yang lebih serius.


Older PostNewer Post