Happiness;







JANGAN NAK MENYIBUK (1)
Ahad, 4 November 2012 @ Ahad, November 04, 2012
Ye, saya salah seorang yang kena penangan demam kpop, sejak tiga empat tahun lepas. Hari ni a 'friend' said, kpop is bullshit. Hmmm...tergerak nak menulis kenapa kami suka Kpop.
Maybe saya bukan orangnya yang layak menulis sepanjang-panjangnya kenapa kami minat kpop~ sebab saya bukan kpoper.,saya hanya Triple S. Apa tu? ^^ Triple S adalah kelab penyokong kumpulan yang diberi nama SS501. Kpopers pula adalah mereka yang minat dan mengikuti perkembangan kebanyakan artis kpop:) alah, samalah macam kalau anda hanya minat lagu Biarlah Rahsia tapi tak minat Dato' Siti yang cun tu.

"Apalah yang budak-budak ni minat sangat dengan kpop ni?!"

1/ rupa. Ye, rupa. Kami suka mereka yang kelihatan kemas dan bersih.

2/ lagu. Ini minat masing-masing. Macam sesetengah orang takkan faham kenapa kita suka makan durian yang baunya menyakitkan hidung tu, macam tu jugakla kalian takkan paham kenapa kami suka lagu dan muzik yang mereka bawa. Ada orang suka makan pedas,ada yang suka makan benda manis. Ada suka dangdut, suka metal, suka muzik rock, ballad, so pelik sangat ke kalau kami suka muzik kpop? :) Tak perlu bercakap mengenai kualiti muzik di sini kerana kita sendiri tau kualiti muzik negara kita macam mana kan? Muzik kpop pun tak teruk mana, kalau anda sanggup nak kenal semuanya. Jangan sebab anda hanya tau satu dua kumpulan, dan tak suka muziknya, anda kata muzik kpop bullshit;p

3/ friendship. Rata-rata artis kpop ada join pelbagai variety shows. Dari situ kami kenali keperibadian mereka. Well, yes, who knows, maybe it's fake, kan? But who cares? It looks real enough. Kami suke cara mereka jaga persahabatan mereka. Dalam satu upacara, seorang ahli kumpulan X jatuh sakit. Rakannya dukung dia dibelakang and berlari ke hospital; itu salah satu contohnya. Not all of us are lucky to have friends like that, and we are happy to know that that kind of friendship still exists. And trust me, friendship yang kumpulan kpop ni tunjukkan,lazimnya berjangkit pada fans mereka. Fans gather and become family. One big family. Bukan perkara ganjil jika anda dengar peminat kpop pergi ke luar negara buat kali pertama, berseorangan untuk menonton sesebuah konsert, mahupun menghadiri fanmeeting:) "Tak takut ke?" jawapannye senang: kawan kami ada di sana:)

4/ PR. Hmmmm~ pendek katanya, artis kpop pandai tarik hati peminat. Saya bukan nak bermulut jahat. Sebelum ni, saya ikut juga perkembangan beberapa orang artis negara kita. Dan sempat kenal beberapa orang dari mereka. Tapi, kecewa dengan realiti. Depan mata saya, saya nampak macammana artis wanita ni membelit-belitkan cerita. Seorang lagi pula, berlagak diva. Lantak kau la sekarang tak ke mana.

Oh! Ramai yang kata artis kpop gay. Hmmm~ hanya kerana mereka dianugerahkan wajah jambu,mereka gay ke? Amboi~:)
Kalau sebab mereka suke peluk2 syiom2 tu...biarlah dijelaskan disini ye, itu memang budaya mereka. It's normal for guys to hug each other there..tanpa perasaan. But mereka segan sikit nak pegang antara lelaki and perempuan. Alah, lain tempat lainlah budaya. Orang pun pelik sebab kita makan pakai tangan kan? :)

Ah~~ panjangnya saya membebel..^^ bukan ada yang baca pun;p
Takpelah, pendek kata, citarasa kita lain-lain. Tak perlu saling mengutuk. Jaga diri sudah:)

TUNGGU VERSION YANG KEDUA YA=)

Older PostNewer Post