Happiness;







Jika Nuest tidak menjadi artis...
Sabtu, 24 November 2012 @ Sabtu, November 24, 2012
KETIKA kumpulan Elektro-Urban, Nu'est atau nama panjang mereka 'New, Establish, Style and Tempo' diberitakan akan datang ke sini bagi memeriahkan anugerah paling hip, Shout! Awards, ramai menyatakan rasa sangsi mereka, ada yang bertanya, mereka ni siapa? Popular sangat ker?
Ya, mereka masih baru.

Namun kemunculan kali pertama sekitar Mac lalu membuka laluan buat lima anak muda ini untuk membuktikan bakat mereka. Impresif, Nu'est senang diterima ramai peminat muzik KPop. Lebih membanggakan dalam waktu yang singkat mereka dinobat sebagai Best Rookie 2012, baru-baru ini.
Bercakap di sidang media di hotel Double Tree by Hilton, KL sebentar tadi, JR berkata mereka kagum dengan negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum. Malah mereka tidak menyangka yang ramai peminat menunggu ketibaan mereka ketika pertama kali menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA, semalam.
"Sebelum datang ke sini, kami dapat tahu yang negara Malaysia sebuah negara pelbagai kaum. Bila tiba di sini, kami teruja dan Malaysia memang negara yang indah. Kami sangat terharu dan mengucapkan terima kepada L.O.Λ.E (gelaran untuk peminat) atas sambutan yang diberikan di lapangan terbang semalam", kata ketua kumpulan tersebut.

Sebagai kumpulan baru, Nu'est mengakui masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan mereka sentiasa berlatih agar dapat memberikan yang terbaik di setiap persembahan.

Perubahan yang besar yang dirasai mereka sejak lapan bulan lalu ialah apabila dari hari ke hari mereka semakin dikenali dan terus mendapat sokongan peminat.

Dalam pada itu, ditanya seandainya mereka bukan idol, ini jawapan Nu'est:

JR: Kalau saya bukan anggota Nu'est, saya nak sambung belajar dalam jurusan kewartawanan.

Ren: Saya pula minat dalam fesyen dan saya rasa saya akan jadi ikon fesyen.

Minhyun: Saya suka muzik. Saya rasa saya akan memberi tumpuan pada bidang muzik.

Baekho: Saya pasti akan sambung belajar.

Aron: Saya juga akan sambung belajar.

Menjanjikan satu persembahan yang penuh bertenaga, kelima-lima anak muda bakal mendendangkan lagu popular mereka, Face dan Action di Shout! Awards yang akan berlansung di Sunway Lagoon Surf Beach di Bandar Sunway.

Dalam perkembangan lain, berita baik untuk peminat, pada 15 Disember ini Nu'est akan kembali ke sini untuk mengadakan showcase dan sesi bertemu peminat yang akan diadakan di Mines Exhibition Center di Mines, Sri Kembangan.

Older PostNewer Post