KPOP CHIGU
Sabtu, 24 November 2012 @ Sabtu, November 24, 2012
Bak kata pepatah melayu "Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain." Susah
untuk kita pilih kawan sejati yang memahami perangai kita dan hati
kita. Mulanya kita menganggap mereka adalah kawan sejati yang terbaik
pada kita buat selamanya tetapi ia tidak seperti yang diharapkan.
Banyak alasan yang dicari apabila mereka rasa tidak puas hati dengan
kita sehinggakan boleh bergaduh tanpa tahu punca yang sebenar. Ada
kalanya, masalah yang remah atau kecil boleh menjadi punca pergaduhan
dalam sebuah persahabatan itu.
Jika mereka rasakan yang masalah itu berpunca daripada kita 100% &
masalah ini tidak perlu diselesaikan kerana ego yang tinggi maka tiada
lagi persahabatan.
Persahabatan yang dijalinkan hampir 4 tahun setengah, boleh diputuskan
dengan begitu senang yang ianya berpunca daripada rasa cemburu yang
kuat. Jika rasa cemburu itu tidak dapat dikawal dengan baik maka ia akan
mengusai kita.
Adakah perkara ini berlaku pada anda??
Secara jujurnya, ia telah berlaku pada saya, maka saya memilih cara lain
untuk mendapat kawan yang mempunyai minat yang saya dengan saya.
Tidak salah jika memulakan persahabatan melalui SNS (social network
system) seperti twitter, facebook dan lain-lain lagi. Kita boleh mencari
kawan baru yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Seperti saya,
saya sangat meminati K-Pop dan Korea maka saya mencari kawan baru yang
dikenali sebagai K-Pop Chingu.
Seronok rasanya apabila kita boleh bersembang dengan kawan baru yang
mempunyai minat yang sama malah kita boleh bertukar cerita antara satu
sama lain. Yang paling best, apabila kita dapat pergi ke K-Pop events
bersama-sama.
Sekarang saya mempunyai ramai kawan yang latar belakang berbeza dengan
saya tetapi mempunyai minat yang sama (^_^) ~ K-Pop -> K-Pop Chingu.