Happiness;







kpop haters buat aku jadi makin suka kpop !
Ahad, 4 November 2012 @ Ahad, November 04, 2012
ok tak nak belok-belok lurus je ! semenjak gelombang kpop datang ni, aku tgk kpop fans tumbuh seperti cendawan lepas hujan seiring dengan ketumbuhan kpop haters yg tumbuh bak cendawan lepas hujan ditambah baja berkualiti murahan ~

hmmm, kpop haters ni tak pernah letih nak bash kat kpop fans dan kpop idols sendiri.. tak tau la kenapa O_o Agak-agak time mereka-mereka kecik dulu tak pergi sekolah sebab tu tak reti-reti nak belajar hormat minat dan pendirian org lain.. Macam lah kpop fans ni paksa org awam untuk minat kpop sekali.. Aku sendiri pun tak pernah pengaruh kekwn aku yg "natural" *tak minat tak anti utk minat kpop sekali ngn aku !

Memula dulu aku marah la jugak bila org asyik kutuk-kutuk kpop.. Cakap diorang plastik la, gay la, pondan la dan memacam lagi yang memanaskan hati kecik aku ni.. Aku sentiasa lawan balik kata-kata nista yang dilemparkan oleh golongan-golongan busuk mulut tu ~

Tapi lama kelamaan aku jadi malas nak ambik peduli dengan kutukan mereka-mereka itu.. Aku pernah mengadu kat mama aku pasal kes kutuk kpop ni dan mama aku buat lawak pulak hahahaha
mama aku cakap jangan layan org yang suka kutuk org lain ni.. daripada kita duk marah-marah kat mereka2 dan menaikkan level hormone adrenaline ke paras danger sekaligus bakal menyebabkan kulit kita menjadi cepat matang serta akhirnya kita akan kelihatan lebih tua daripada umur sebenar !
ada baiknya kita fikir positif terhadap kutukan mereka tu~

Contoh #1 :
kalau haters cakap kpop idols tu gay kita jgn marah maybe sebab haters tu ada penyakit sexsual disfunctioning sebab tu diorg sakit hati bila tengok kpop idol boleh menjalinkan hubungan dengan mana2 pihak samada wanita cun atau jejaka comel ! ataupun haters ni ada penyakit mata buta hati rabun tak boleh nak bezakan jantina~ mana 1 lelaki dan mana 1 perempuan.. Oleh sebab itulah kita jgn cepat tersentap ! kita patut berasa kesian dan menolong mereka yang ditimpa malang tu :D


 KyuMin >.<


Contoh #2 :

kalau haters cakap kpop ni plastik, kayu, logam, aluminium sekalipun jgn cepat menggelabah :D baik kita fikif positif dulu.. Maybe haters ni kurang waras sebab tak mampu nak bezakan antara manusia dan plastik.. terang tang ! tang ! kpop idols tu sebijik macam haters~ ada 1 mulut *yg beza mulut cute ada 2 mata *yg lain mata comel ada 2 lubang hidung *yg berlainan sikit lubang hidung kpop idols cute dipandang so kalau mereka2 cakap kpop idols plastik~ haters juga plastik *tapi plastik yg tak sempat siap sebab tetiba bekalan lektrik kat kilang plastik terputus !


tuuuu,botol air plastik pon ada kat korea tau !


Contoh #3 :

kalau haters cakap music kpop macam taik !! hampeh !! cam banggang !! tak paham sepatah haram pon !! biarkan biarkan~ mungkin ada sekelompak kecil haters bercita2 tinggi nak jadi penghibur lara tapi tak terpilih semasa ujibakat.. Rasa sakit hati tuu dilepaskan kpd kpop sebab kebetulan kpop tengah popular sekarang ni kekekeke~~


kutuk la mereka bebyk~ kpop tetap femes dan ramai kipas-susah-mati


cukuplah 3 je contoh utk menunjukkan betapa positifnya aku terhadap haters ~ kang kalau aku dedahkan semua sifat positif aku alamatnya lokap bakal kosong daripada dihuni penghuni setia >.< because of that, nowaday i learn to laugh when accidently i read about haters' statement bashing kpop fans or kpop idols^^ Lelama aku jadi tak kisah dengan manusia dikeliling aku~ Yang penting aku tahu keGAYan dan keLESBIANna mereka berada ditahap mana~ Aku juga sedar dan tahu plastik cap apa yg mereka tempek kat muka comel diorang tu~ :D nak kutuk aku silakan aku tak peduli :P ke nak puji aku ? silakan juga, aku akan peduli kekekekeke :D

Older PostNewer Post