Happiness;







Saya peminat fanatik K-Pop, kena bunuh diri ke?
Ahad, 4 November 2012 @ Ahad, November 04, 2012
Assalamualaikum wbr.
Ada siapa-siapa baca Berita Minggu bertarikh 24 April 2011 tak? Ada topik yang tersangat kontroversi dalam kalangan peminat K-Pop sekarang. Nak tengok?
BH 110424
Gambar hak milik: NatashaAM94
Nampak tak tajuk artikel tu apa? Awasi Ramaja Fanatik K-POP – Tiga ciri punca artis Korea digilai. Siapa penulisnya? Biarlah rahsia. Pandai-pandailah korang cari sendiri. Nak lagi best, korang kena baca artikel penuh dalam surat khabar tu. Kejap tqah letak gambar kat sini.
/
/
/
/
/
Ok. Dah. Baca artikel kat bawah ni.
.

Page 1
Gambar hak milik: BOBOLA
Ini baru artikel separuh yang pertama. Klik gambar untuk tumbesaran yang kuat.
.
Page 2
Gambar hak milik: BOBOLA
Yang ni sambungan untuk artikel kat atas. Klik gambar kalau nak tengok muka Rain dekat-dekat. :P
.
Ok. Jom kita tengok satu persatu artikel yang ada kat atas ni. Tqah tulis isi yang tqah rasa penting je kat dalam artikel ni. Selebihnya korang boleh baca dan fahamkan sendiri, kot? =)
.
“Kehebatan artis Korea, katanya, bukan saja dari aspek fizikal sempurna tetapi menawarkan kandungan sikap dan identiti bersandarkan tiga ciri iaitu ethos (pembawaan karakter), pathos (pembawaan emosi) dan logos (pembawaan nilai).”
.
Well said, writer! Maaflah. Tqah sebenarnya taktau apa-apa istilah saintifik ni. I’m not a linguistic student so I don’t know much what those three terms refer to. For me, those terms carry the same meaning. #fail. Kat sini kita guna bahasa pasar aje lah ye. Yang pastinya, tqah tertarik dengan K-Pop ni sebab cara pembawakan diri diorang.
.
Tqah minat dengan dunia Korea ni dah lama. Dah masuk 9 tahun pun. Kalau ikut umur kita, 9 tahun ni dah darjah 3 tahu. Dah cukup besar untuk faham baik buruk satu-satu perkara. I started with Korean dramas (my first K-drama ever was Winter Sonata back in 2002), I am now in love with their songs and variety shows. Kalau nak kenal artis-artis Korea ni, korang semua boleh tengok variety shows diorang. Meh tqah cadangkan antara rancangan yang dapat menarik perhatian tqah: Family Outing, 1 Night 2 Days, Running Man, Infinity Challenge, dsb. Rancangan-rancangan ni lah yang menarik minat tqah untuk terus minat K-Pop. Kat sini, takde satu pun perangai diorang yang tersembunyi daripada penonton. Zero fakeness. Kau nak kentut ke, kau nak tendang orang ke, ikut suka lah. Kalau ada perangai yang tersembunyi pun, tak banyak mana sangat. Lagi satu, rancangan-rancangan ni banyak memberikan pengajaran untuk tqah. Kalau nak tahu apa dia, kena tengok sendiri OK. =)
.
Dari segi pengaruh negatif sosial, terlampau obses kepada artis boleh membawa pengaruh keganasan dan bunuh diri kerana artis Korea antara yang gemar bertindak radikal seperti itu, termasuk kes terbaru membabitkan pelakon drama popular Winter Sonata, Park Yong Ha yang menggantung diri.
.
Ok. Yang ini dah melampau. Kenapa pula Cik Penulis kata yang minat K-Pop ni boleh datangkan kesan negatif? Bunuh diri? Cik Penulis salah taip kot. Tak pernah lagi saya dengar yang fangirl/fanboy bunuh diri sebab artis Korea. At least, not now. Park Yong Ha bunuh diri sebab tertekan. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, klik SINI. Perhatian kepada Cik Penulis: baca isi yang #7. Untuk artikel pasal bunuh diri tu, boleh Cik Penulis @ Encik Pakar bagi bukti tak kes bunuh diri yang disebabkan oleh fanatik artis Korea? Negara mana tu? Maaflah Encik Pakar, saya kena tengok bukti dulu baru boleh percaya. Lagipun dalam Islam, kalau nak buat satu-satu tuduhan pun, kena ada bukti/saksi kan? =)
.
Untuk pengetahuan Cik Penulis, dengan dunia K-Pop ni lah tqah dapat kenal kawan-kawan pelbagai bangsa, agama, & negara. I’ve friends from all over the world- Singapore, Indonesia, Philippines, Italy, China and so on. Dalam Malaysia sendiri pun saya ada kawan bangsa Cina & India. Kata 1Malaysia, takkan salah kot kalau kitorang berkawan sebab minat benda yang sama? Bagus apa dapat kenal dengan diorang semua ni. Dapat tingkatkan lagi penggunaan Bahasa Inggeris & Bahasa Korea (Hangul). FYI, most of us, K-Pop fans communicate in Hangul. We also understand the meaning of the language itself though some of us are not that fluent to converse with each other in Hangul. Tengok! Kitorang ada satu lagi kelebihan bila minat K-Pop – dapat belajar bahasa Korea.
.
Peminat fanatik artis Asia Timur sanggup berhabis-habisan untuk membeli koleksi berkaitan personaliti pujaan, malah ada yang mendakwa sudah berbelanja lebih RM15,000 dalam tempoh hanya dua tahun.
.
HAHA. Penat tqah gelak baca ayat kat atas ni. Dah nama pun PEMINAT FANATIK, mestilah sanggup berhabis duit untuk artis kesayangan diorang. Tapi Cik Penulis kena ingat, bukan artis Korea je yang peminat sanggup habiskan duit diorang, artis Malaysia pun ada juga. Sebagai contoh: Anuar Zain. Ada seorang kenalan rapat tqah yang sanggup habiskan duit dia semata-mata untuk pergi ke konsert atau apa-apa sahaja akitiviti yang melibatkan Anuar Zain. Baik ke Sabah mahupun Sarawak, peminat fanatik ni jugak sanggup pergi Singapura untuk tengok Anuar Zain. Nak bukti? Boleh, tapi kena berhubung dengan tqah sorang-sorang lah kalau macam tu. Tak boleh kat sini. Nanti habis satu dunia tahu. =)
.
Habis duit tu memang tqah tak nafikan lah. Banyak jugak duit tqah yang habis. Tapi barang-barang yang tqah beli tu semua barang-barang rasmi syarikat artis Korea tu sendiri. Orang putih kata, official merchandise. Barang-barang ni memang mahal sebab dibawa masuk dari Korea. Harga barang-barang tu semua termasuk dengan duti import, kos penghantaran, dll. Nak buat macam mana, kat Malaysia susah nak cari. Cuma satu je yang tqah nak tekankan kat sini, kami peminat K-Pop takde lah bodoh sangat nak habiskan duit untuk beli semua barang ni. Kami pun ada kehidupan sendiri dan tahu macam mana nak belanjakan duit dengan sebaiknya. Jangan risau Cik Penulis, kami tahu akan tanggungjawab kami terhadap duit sendiri. =)
.
Ada satu lagi gambar yang tqah letak kat entri ni. Kejap ye.
/
/
/
.
Artis Korea balas tweet tqah! Gembira sangat! Cik Penulis & Encik Pakar, tqah kena bunuh diri ke macam ni sebab terlalu gembira? Tapi tqah taknak lah buat macam tu. Dalam Islam, bunuh diri tu berdosa besar kot. Tak cium bau syurga nanti. =)
.
Oh ya, bercakap pasal pengaruh negatif, kenapa Cik Penulis tak buat artikel pasal pengaruh negatif daripada artis-artis Barat? Rasanya pengaruh negatif diorang lagi kuat kot. Berpakaian seksi, ketagihan dadah dan alkohol, hubungan seks luar nikah, dsb. Artis-artis Malaysia pun banyak yang terikut-ikut dengan budaya negatif ni. Contoh: artis Melayu, Islam kantoi pakai bikini. HA. Apa Cik Penulis nak ulas pasal ni? Dah lah Melayu, ISLAM pulak tu. Mana perginya suruhan yang telah ditetapkan oleh Allah yang suruh kita tutup aurat? Mana perginya adat-adat Melayu yang diagung-agungkan selama ini bahawa orang Melayu ini bersopan-santun dan berbudi pekerti yang tinggi? Cuba jawab Cik Penulis. Saya nak tahu apa penjelasan Cik Penulis tentang hal ini. =)
.
Rasanya cukup kot setakat ni tqah membebel. Nanti orang benci tqah pulak. Tau-tau je dah ada kelab Anti-Tqah. Ha. Tak ke bahaya kalau macam tu. Hidup ini kena saling berbuat baik dan juga bersangka baik antara satu sama lain. Segala kenyataan yang tqah buat kat atas ni hanyalah pendapat tqah semata-mata. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau dengan yang mati. Wallahua’lam. =)
.
P/s: Skema gila ayat-ayat kat atas ni. XD

Older PostNewer Post