Happiness;







ZEA showcas di malaysia 2012..xD
Sabtu, 24 November 2012 @ Sabtu, November 24, 2012
Dua tahun lalu, mereka datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan peminat-peminat. Tapi ketika itu, belum ramai penggemar muzik KPop yang percaya bahawa sembilan anak muda yang menggelarkan diri sebagai ZE:A ini mampu buat mereka tertawan. Tidak ramai peminat yang memperdulikan mereka (ditambah, peminat lebih sibuk menyambut hari raya Aidilfitri) ketika itu, namun pengalaman pertama sekitar tahun 2010 dijadikan satu cabaran yang mereka perlu datang lagi.
ZE:A akhirnya kembali menjejakkan kaki ke sini sekali lagi. Datang berlapan tanpa ketua yang tidak dapat bersama kerana mengalami kecederaan, meskipun ketiadaan JunYoung, namun langsung tidak mencacatkan persembahan mereka sepanjang merealisasikan ZE:A Showcase in Malaysia 2012, di KWC Shopping Mall, pada malam Sabtu lalu.
"Ini kali kedua kami ke sini. Kami lebih bersemangat dan teruja mahu bertemu dan menghiburkan peminat semua. Banyak perbezaan kali ini dengan kunjungan lalu. Kalau dulu ramai yang tidak mengenali kami. Tetapi agak mengejutkan apabila ketibaan kami di lapangan disambut oleh ramai peminat", kata Dong Jun mewakili tujuh rakan yang lain, ketika di sesi sidang media beberapa jam sebelum konsert mini tersebut.

Sementara itu, celah HeeChul pula, dia mula jatuh cinta pada keindahan di Malaysia sejak kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Malah andai ada peluang, dia mahu datang ke sini lagi tetapi bukan atas nama seorang artis sebaliknya mahu bercuti.

"Saya suka dengan panorama indah Malaysia. Kalau ada peluang, lain kali saya merancang untuk datang lagi dan bercuti di sini", ujarnya.
..
..
..
Dengan persembahan cukup bertenaga, gerak tarik energetik, showmanship menakjubkan serta gelagat bersahaja dan lucu mereka, ternyata kali ini ZE:A benar-benar mengambil kesempatan mahu membuatkan peminat-peminatnya terus percaya bahawa mereka tidak tersilap pilih atau dalam erti kata lain, tidak sia-sia menjadikan ZE:A antara kumpulan idol paling digemari sampai bila-bila.

Memulakan persembahan tepat jam 7.30 malam, ZE:A mendendangkan 11 lagu antaranya Body to Body, Aftermath, Became a Star, Never End, Whole Day Long, Heart For 2, Phoenix, My Only Wish dan Body to Body (remix). Mempamerkan persembahan penuh impresif Tae Hun, HeeChul Kwang Hee, Kevin, Min Woo, WoongJae, Dong Jun dan Hyung Sik berjaya membuat peminat mereka puas!

Lebih hangat, kumpulan yang terkenal dengan jolokan 'Children of Empire' ni turut menyuntik persembahan mereka dengan mood penuh intim bersama peminat. Berkomunikasi sekerap mungkin, antara usaha ZEA yang paling ketara untuk mendekatkan diri dengan pencinta-pencinta mereka.
..
..
..
..
..
Kalau itu belum cukup, diluangkan pula masa dengan dua kali 'sesi game' bersama peminat. Peminat mana yang mampu menolak kalau dia di pilih menjadi pasangan antara lapan jejaka menawan ini? Pun begitu dalam kira-kira 2000 penonton, hanya peminat yang bertuah (menerusi cabutan nombor bertuah) dipilih untuk bermain beberapa game dengan ZE:A.
..
..
..
..
Salah satu game yang bikin seluruh dewan gamat dengan sorakan ialah apabila empat peminat bertuah memilih bermain lawan mata (eye fight!) dengan pasangan (anggota ZE:A) mereka. Sekali fikir, cabaran itu pasti sukar mereka di lepasi, almaklum saja lah sebagai peminat, siapa yang mampu bertentang mata dengan idola kegilaan, kan? Tetapi tiga daripada peminat tersebut berjaya! Tambah bertuah mereka menerima hadiah 'lumayan', boleh bergambar dengan pasangan (anggota ZE:A) masing-masing.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
Selain, tetap ada kejutan daripada peminat, yang mana di penghujung persembahan ZE:A, sekalian yang ada dalam dewan sepakat menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada Hyung Sik (yang jatuh pada 16 September lalu). Jejaka berusia 21 spontan mengalirkan air  mata kerana terharu dengan kesungguhan peminat meraikan hari jadinya.

Menamatkan persembahan kira-kira jam 9 malam, ZE:A meninggalkan peminat-peminat Malaysia dengan 1001 kenangan manis - bernyanyi bersama, beramah mesra, bermain game bersama. Bahkan mereka berjanji mahu kembali lagi untuk persembahan berskala besar pula nanti.
..
..
..
..
..
..
..
..
..

- Foto-foto oleh Cipotredz

Older PostNewer Post