Happiness;







Konsert untuk peminat KPOP tanah air
Rabu, 8 Mei 2013 @ Rabu, Mei 08, 2013




Konsert untuk peminat KPOP tanah air

Selepas kedatangan artis Kpop yang penuh meriah pada 27th Golden Disk Awards di Sepang Januari lalu, persembahan PSY di Penang March lalu,dan ramai Kpop artis yang lain, Kpop artis akan memeriahkan lagi pentas di Malaysia dengan konsert-konsert yang gah,besar,mewah dan pastinya hebat buat peminat mereka di Malaysia untuk pertengahan tahun kedua tahun 2013.

3 artis Kpop yang berpengaruh akan berkongsi pentas buat kali pertama. Kumpulan Kpop wanita berpengaruh dunia iaitu Girls Generation akan berkongsi pentas dengan pendatang baru iaitu AOA dan lagenda Kpop iaitu Shinwha pada 12 Mei 2013 di Stadium Merdeka



Acara seterusnya lebih dinanti-nantikan apabila pada bulan mei ini kumpulan kesayangan Cassiopeia iaitu TVXQ akan mengadakan jelajah Catch Me World Tour yang diadakan pada 18 Mei di Stadium Malawati,Shah Alam

Selepas itu,peminat Kpop tanah air pasti teruja dengan kehadiran ramai bintang Kpop terkemuka dalam Kpop Concert Dream yang akan diadakan di Arena of Stars,Genting Highland untuk dua hari iaitu bermula pada 23 dan 24 May 2013. Peminat akan dihiburkan dengan kumpulan Brown Eyed Girls,4Minute,Gna,
Sistar dan juga satu-satunya kumpulan lelaki pada malam itu iaitu BTOB.
Seterusnya, peminat Kpop seterusnya akan dihiburkan dengan 2 kumpulan Kpop ternama dan soloist seksi. B2ST,4 Minute dan Gna akan menghiburkan peminat pada 27 June 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil. Dibawa khas oleh Syarikat Insurans terbesar Asia iaitu AIA. AIA Kpop Concert pasti ditunggu-tunggu oleh B2UTY,4NIA dan GNi di Malaysia :)
Seterusnya peminat Bigbang boleh menyaksikan konsert jelajah dunia pertama ketua Bigbang iaitu G-Dragon di Malaysia pada 22 June di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini adalah konsert solo kedua G-Dragon dan konsert jelajah dunia pertama. Diberi nama 'G-DRAGON 2013 WORLD TOUR: One of a kind Tour akan menampilkan lagu-lagu hits dari GD seperti Heartbreaker, That XX, Crayon dan One of a Kind.
Seterusnya band popular dari Korea iaitu CN BLUE akan mengadakan konsert mereka iaitu, BLUE MOON: CN BLUE 2013 Concert World Tour akan diadakan di Stadium Negara pada 24 Ogos 2013. Lagu-lagu mereka yang popular seperti I'm Sorry dan Hey You akan diddendangkan oleh mereka pada malam tersebut.
Seterusnya peminat akan dihiburkan dengan kumpulan hebat di seluruh dunia iaitu Super Junior. Super Junior kembali dengan jelajah dunia mereka iaitu Super Show 5 dengan lebih hebat dan mantap,pastinya. ELF di seluruh Malaysia pastinya ternanti-nantikan kumpulan kesayangan mereka ini. Mereka akan menemui anda pada 5 October di Stadium Merdeka.
[Konsert2 yang akan dikomfomkan tarikhnye]
Untuk kali ketiganya mereka kembali untuk menghiburkan anda. Sembilan gadis cantik akan menemui menerusi konsert jelajah mereka iaitu "Girls Generation Asia Tour" yang dijangkan akan diadakan pada bulan Ogos di Stadium Putra Bukit Jalil. Girls Generation yang dianggotai oleh Taeyeon,Jessica,Sooyoung,Yuri,Yoona,Sunny,Hyoyeon,Seohyun dan Tiffany pasti akan mmbuat anda teruja.

Older PostNewer Post