Happiness;







TVXQ MENGEGARKAN MALAYSIA
Ahad, 19 Mei 2013 @ Ahad, Mei 19, 2013
    

Setelah lebih enam tahun menunggu akhirnya peminat TVXQ dapat melihat penyanyi pujaan mereka secara langsung menerusi sebuah konsert yang berlangsung di Stadium Shah Alam malam tadi.konsert  yang bermula pada jam 6 petang itu berjaya menarik perhatian peminat-peminat Kpop di Malaysia.difahamkan tiket untuk konsert ini juga hampir habis dijual.Pada konsert yang berlangsung selama hampir 3 jam itu,TVXQ telah menyampaikan 25 buah lagu.
TVXQ yang kini dianggotai oleh 2 jejaka Yunho dan Changmin berjaya memukau penonton dengan gerak tari bertenaga dan vokal yang mantap.Yunho juga bijak menarik perhatian penonton dengan cuba bertutur dalam Bahasa Malaysia.Walaupun tidak banyak tetapi sudah cukup membuatkan stadium bergegar dengan jeritan peminat setia mereka.
Image
Pujian juga harus diberikan kepada penganjur konsert JPM Music kerana telah menyediakan sebuah pentas dan prop yang sangat menarik.Rata-rata peminat yang menghadiri konsert tersebut berpuashati dengan penganjuran konsert ini.Pastinya konsert ini akan menjadi kenangan terindah peminat-peminat TVXQ di Malaysia yang telah lama menantikan idol mereka beraksi di Malaysia.
Photo credit to JPM Music

 




Older PostNewer Post